NuRuL ZaHiRa

My bLoG

OwNeR

Monday 5 September 2011

Sotong sumbat Berempah

Bahan :-
  • 600 gm sotong 
  • 500 ml air (agak2 saja) 
  • 4 biji telur 
  • 2 biji bawang besar, dicincang halus 
  • 1 biji cili hijau, buang biji dan cincang halus 
  • 1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus 
  • 1 biji bawang besar, dihiris bulat 
  • 4 sudu makan rempah kari ikan 
  • 2 sudu makan cili kisar 
  • 1 sudu makan kicap pekat 
  • 1 sudu teh gula 
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 
  • 100 ml minyak masak 
  • Lidi koktel secukupnya 
  • Garam secukup rasa 

Cara :-
  • Pukul telur, separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga rata. 
  • Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Angkat dan sejukkan. 
  • Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan. 
  • Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga berbau. 
  • Masukkan rempah kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hampr pekat, campurkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula. 
  • Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat. Kacau sekali-sekala hingga sotong masak dan kuahnya pekat. Bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu. Tutupkan api

Ketam Masak Cili...

Bahan :-

  •  1 kg ketam bunga
  • sedikit serbuk kunyit
  • 2 senduk cili giling 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia dimayang
  • 1 batang serai
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan sos cili
  • 4 sudu makan sos tomato
  • beberapa tangkai kacang peas
  • garam dan gula (secukup rasa)
  • minyak secukupnya

Cara:-
  • gaul ketam dengan kunyit
  • gorengkan ketam sehingga masak
  • tumis cili giling,bawang besar,bawang putih,halia, dan serai hingga naik bau
  • masukkan semua sos bersama garam dan gula
  • tumis hingga pecah minyak
  • boleh dimasukkan ketam,kacang peas dan kacau rata.
  • sedia untuk dihidangkan.....



                                      

Mee Kari Udang bEsttt

Bahan :- (untuk 8 -10 orang)



  •  udang 1/2 kg
  • mee kuning (basuh dan celurkan)
  • rempah kari 2 senduk kecil
  • cili boh yang dimesin  sikit (kalau suka pedas)
  • bawang merah 6 ulas*
  • bawang putih 3 ulas*
  • halia 1/2 inci*
  • kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih (semua ni sikit je,nak kasi wangi)
  • daun kaari 1 tangkai
  • tauhu kering
  • udang kering sikit*
  • 2/3 keping asam keping
  • kelapa parut sebiji/pati santan

Bahan hiasan :-

  • telur rebus
  • bawang goreng
  • sawi , taugeh (celurkan)
  • cili besar / cili api

Cara :-


  • Tumbuk bahan *
  • Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili mesin tadi.
  • Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok. 
  • Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
  • Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari
  • Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.
  • Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api.
  • Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..



biskut makmur sedap

Bahan :-
Bahan Doh/Kulit 
  • -500 gm tepung gandung 
  • -80 gm gula halus 
  • -Minyak sapi [ikut lembut boleh kepal] 

Bahan Inti 
  • -300 gm kacang tanah 
  • -70 gm gula halus 

Gula icing [untuk salut kuih

Cara :-
1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan
2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok kacang] 
2. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.(mesin kacang dan gula sekali) 
3. Ambil doh dan leperkan. 
4. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur. 
5. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 mnit [sehingga nampak masak] 
6. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing. 
7. Simpan dalam balang kedap udara. 




Biskut mazola mudah..


 Bahan-bahan ( 1 balang )

  • 200 gm tepung gandum
  • 200 gm kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar halus)
  • 100 gm gula (kisar halus)
  • 1 botol kecil minyak mazola (secukupnya)
  • kuning telur
 
Cara :-

  • Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  • Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
  • Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
  • Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.

dan.......inilah hasilnya...
 
                                             
     
                                 

    Wednesday 10 August 2011

    tips amalan pemkanan sihat

    1. janganlah makan makanan yang terlalu panas dan terlalu sejuk
    2. penngunaan ais batu amatlah tidak digalakkn
    3. kurangkan makan makanan bergoreng , berlemak, berkolestrol tinggi
    4. kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinngi
    5. kurangkan minuman manis , mengandungi kafein dan bergas (air bikarbonat )
    6. elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa , bahan pengawet , MSG (monosodium glutamate) dan bahan pewarna
    7. amalkan minum jus buah atau makan buah buahan segar
    8. kurangkan pegambilan nasi/ sehari sekali sudah memadai
    9. cubalah berpuasa seminggu sekali untuk merehatkan badan , perut dan minda..



    insyaaah...boleh..semuanya bergantung pada individu itu sendiri jugak...

    Hari ini.....



    hari ni lpas berbuka puase td, ttbe tringt nak kol kakak zera yang duk kt petaling jaya 2..sje nak tnyer khabar je,,pastu borak2 la,,zera tnyer la,dier berbuka td masak aper,,skali die cakap,dier masak nasi tomato + ngan ayam masak merah...wahhhh,,,sdap tu,,zera tnyer la dier,,resipi nk wt 2 cm mner,,dier pn teach la zera td...


    NaSi ToMaTo..


    Bahan A :

    1. minyak/marjerin
    2. bawang merah (ditumbuk)
    3. bawang putih (ditumbuk)
    4. halia (ditumbuk)
    5. bunga lawang
    6. buah pelaga
    7. bunga cengkih
    8. kayu manis



    Bahan B :

    1. sos tomato dan cili
    2. 2 sudu besar susu tepung
    3. sedikit air
    4. garam secukup rasa



    Cara-Cara :

    1. masak nasi seperti biasa
    2. sementara itu,tumiskan bahan2 A sehinnga naik bau dalam kuali berasingan
    3. masukkan bahan2 B & kacau rata. Tunggu hingga sedikit kering
    4. sementara nasi menggelegak, masukkan bahan yg ditumiskan tadi & kacau rata
    5. nasi td akan siap dimasak biasa..
     AyAm MaSaK mErAh

    Bahan :
    1. 1/2 ekor ayam dipotong 5 ke 6 bahagian kecil
    2. 2 sudu besar cili kisar
    3. 3 biji bawang merah ( boleh ganti dgn 1/4 biji bawang besar) +1 ulas bawang putih ( dikisar halus)
    4. 1 batang serai
    5. 1 batang kulit kayu manis
    6. 2 sudu besar sos cili
    7. 1/4 biji bawang besar dihiris kasar
    8. 1/2 biji tomato
    9. 1/2 cawan kacang peas
    10. garam
    11. gula

    Cara-Cara :


    1.  Gaul ayam dengan kunyit , garam dan 2 sudu besar tepung  gandum atau tepung goreng ayam. Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
    2.  Kisar bawang putih dan bawang besar. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis tadi, bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga garing.
    3. Selepas itu masukkan serai yang telah dititik ataupun yang telah dipotong dua, kacau sebati, tomato di potong kecil dan masukkan dalam bahan tumisan tadi, biarkan tomato betul-betul hancur, baru masukkan sos cili.
    4.  Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula, akhir sekali baru masukkan kacang peas dan bawang besar, setelah bawang besar layu, tutup api dan tabur sedikit dengan hirisan daun sup atau daun ketumbar sedia untuk dihidangkan. 






    inilah hasilnya..gabungan nasi tomatao + ayam masak merah...
    timun2 dan daun salad 2,hiasan shaja,, selamat mencuba............