NuRuL ZaHiRa

My bLoG

OwNeR

Tuesday 9 August 2011

something to share!! :D

arini ttbe zera ase nak wt kek coklat moist la,,,,,kwn zera,,nme die nadiah,,die la y ajar zera  wt kek ni... ni ha gmbar dier..ceria kan muke dier? hehe....






kek coklat moist kukus 

Bahan:-
  1. 1 cawan serbuk coklat
  2. 1 cawan gula
  3. 1 cawan minyak masak (boleh ganti dengan buttercup)
  4. 1 1/2 cawan tepung gandum
  5. 1 tin susu cair
  6. 1 1/2 sudu kecil soda bikabonat
  7. 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  8. 2 biji telur

Hiasan kek :
  1. 1 bar coklat masakan
  2. Coklat rice/atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek


Cara-cara masakan :

1) Sebelum kita bancuh bahan-bahan, didihkan air didalam alat kukusan.
2) Sementara tunggu air mendidih, kita mulai adunan dengan ambil 2 biji telur dan dipukul sehingga kembang.
2) Coklat, gandum, gula, serbuk penaik dan soda bikarbonat digaul sekali.
3) Susu cair dan minyak masak dicampur ke dalam telur yang telah dipukul sehingga kembang.
4) Campur adunan di dalam langkah 2 ke dalam langkah 3.
5) Kacau sehingga sebati.
7) Sediakan loyang kek yang sudah disapu dengan majerin dan masukkan adunan kek yang sudah sebati.
8 ) Kukus sehingga masak kira-kira 45 minit. (tempoh masa kek siap masak bergantung kepada saiz loyang kek dan saiz api yang digunakan tapi sebaiknya pantau pada masa 30 minit)
*untuk cek masak ke tak kek ini boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi. kalau takde apa yang melekat pada lidi bermakna kek tue dah masak.
9) Selepas masak, cairkan bar coklat dan sapu di atas dan sekeliling kek.
10) Letakkan hiasan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.





nahhh...kan dah siap...nyummmy...boleh la potong kek ni n mkn ramai2 bersama family ataupn sape2 je korng nak... :)






zera ade satu ag masakn nak share iaitu puding gula hangus..,,masakn ni sngt senang,mudh dan x mngmbil mase y lme nak buat,,senang sngt2 lah,,nak hidngkan kt tetamu y dtg kt umah pn boleh,,lau saper y ase mlas nak masak tp nak makn mknn masakan sndiri,,so try la masak "bnda" ni,,seng sngt2,,bahan2 dier pn mudah nak dapt n murah je...






Puding Gula Hangus

Bahan:-



  1. Telur (saiz besar) 7 biji
  2. Susu Isian Pekat Manis 1 tin (510ml)
  3. Gula Pasir 3 sudu besar
  4. Garam 1 sudu kecil
  5. Tepung Kastard 2 sudu besar
  6. Air 1 cawan (lebih kurang 150~175ml)
  7. Loyang bersaiz diameter 15~20cm

 Cara -Cara :
  1. Letak gula pasir dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil agar gula mencair.
  2.  Apabila gula telah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi permukaan dasar loyang.
  3.  Tutup api apabila gula cair telah mula berwarna sedikit kekuningan. Ingat, jangan sampai warnanya menjadi benar-benar kuning atau perang.
  4.  Cukup sedikit kuning sahaja, kerana proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik. 
  5. Kalau sekarang sudah perang, nanti proses mengukus akan menyebabkan gula cair bertukar menjadi sangat gelap atau hitam dan berasa pahit!
  6. Masukkan telur, air, garam, tepung kastard, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.
  7. Tuang ramuan yang telah diblender dengan menggunakan penapis (zera guna penapis teh) ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.
  8. Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit.
  9. Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper.
  10. Lebih enak jika dihidangkan sejuk (simpan dalam fridge/peti sejuk dululah).




ni je lah untuk ari ni,,hehe....enjoys urself..... daaa


No comments:

Post a Comment