NuRuL ZaHiRa

My bLoG

OwNeR

Wednesday 10 August 2011

Hari ini.....



hari ni lpas berbuka puase td, ttbe tringt nak kol kakak zera yang duk kt petaling jaya 2..sje nak tnyer khabar je,,pastu borak2 la,,zera tnyer la,dier berbuka td masak aper,,skali die cakap,dier masak nasi tomato + ngan ayam masak merah...wahhhh,,,sdap tu,,zera tnyer la dier,,resipi nk wt 2 cm mner,,dier pn teach la zera td...


NaSi ToMaTo..


Bahan A :

  1. minyak/marjerin
  2. bawang merah (ditumbuk)
  3. bawang putih (ditumbuk)
  4. halia (ditumbuk)
  5. bunga lawang
  6. buah pelaga
  7. bunga cengkih
  8. kayu manis



Bahan B :

  1. sos tomato dan cili
  2. 2 sudu besar susu tepung
  3. sedikit air
  4. garam secukup rasa



Cara-Cara :

  1. masak nasi seperti biasa
  2. sementara itu,tumiskan bahan2 A sehinnga naik bau dalam kuali berasingan
  3. masukkan bahan2 B & kacau rata. Tunggu hingga sedikit kering
  4. sementara nasi menggelegak, masukkan bahan yg ditumiskan tadi & kacau rata
  5. nasi td akan siap dimasak biasa..
 AyAm MaSaK mErAh

Bahan :
  1. 1/2 ekor ayam dipotong 5 ke 6 bahagian kecil
  2. 2 sudu besar cili kisar
  3. 3 biji bawang merah ( boleh ganti dgn 1/4 biji bawang besar) +1 ulas bawang putih ( dikisar halus)
  4. 1 batang serai
  5. 1 batang kulit kayu manis
  6. 2 sudu besar sos cili
  7. 1/4 biji bawang besar dihiris kasar
  8. 1/2 biji tomato
  9. 1/2 cawan kacang peas
  10. garam
  11. gula

Cara-Cara :


  1.  Gaul ayam dengan kunyit , garam dan 2 sudu besar tepung  gandum atau tepung goreng ayam. Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2.  Kisar bawang putih dan bawang besar. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis tadi, bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga garing.
  3. Selepas itu masukkan serai yang telah dititik ataupun yang telah dipotong dua, kacau sebati, tomato di potong kecil dan masukkan dalam bahan tumisan tadi, biarkan tomato betul-betul hancur, baru masukkan sos cili.
  4.  Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula, akhir sekali baru masukkan kacang peas dan bawang besar, setelah bawang besar layu, tutup api dan tabur sedikit dengan hirisan daun sup atau daun ketumbar sedia untuk dihidangkan. 






inilah hasilnya..gabungan nasi tomatao + ayam masak merah...
timun2 dan daun salad 2,hiasan shaja,, selamat mencuba............




                                               

No comments:

Post a Comment